Tenaga begitu penting dalam kehidupan manusia kerana sangat diperlukan untuk tumbesaran dan pergerakan malahan tenaga meliputi segenap aspek kehidupan kita.
Adalah amat sukar dibayangkan jika tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau kehabisan bekalan petrol, diesel atau gas. Jalan raya menjadi kacau bilau kesan daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi menambahkan lagi kegelapan malam.
Mereka yang bekerja di bangunan tinggi juga sudah tentu kepenatankan menaiki tangga akibat lif tidak berfungsi akibat ketiadaan elektrik. Tanpa tenaga, tak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan di dunia pada masa kini.
Tenaga Suria
Tenaga suria digunakan dalam tiga bentuk iaitu sinaran secara terus, tenaga yang tersimpan dalam bentuk hidrokarbon dan tenaga tidak terus yang menghasilkan tenaga angin, tenaga hidro dan juga tenaga terma laut.
Sinaran suria dapat digunakan secara terus dengan menukarkannya kepada tenaga elektrik menggunakan sel fotovotik atau digunakan sebagai tenaga haba dalam dua bentuk. Pertama, dalam bentuk mineral yang tersimpan dalam perut bumi seperti arang batu, petroleum dan gas. Ketiga-tiga sumber ini merupakan tenaga yang amat terkenal penggunaannya pada masa kini. Selain itu, tenaga suria hidrokarbon yang boleh diperbaharui disimpan dalam bentuk biojisim dan juga biogas.
Antara aplikasi tenaga suria ialah menyerap tenaga suria dan haba dalam bentuk cecair sebelum menukarkannya dalam bentuk wap panas dengan jumlah yang banyak. Wap ini berfungsi menggerakkan turbin dan generator untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Teknologi ini banyak digunakan untuk menara-menara solar, rumah kediaman dan resort yang mempunyai sinaran cahaya matahari yang panjang dan mencukupi.
Biojisim
Biojisim
Biojisim yang terdapat dalam tumbuhan dianggap sebagai sumber yang boleh diperbaharui kerana tumbuhan dapat ditanam secara berulangkali. Biogas pula terhasil daripada bahan organik yang ditindakbalaskan oleh mikroorganisma tanpa kehadiran oksigen yang menghasilkan gas metana dan karbon dioksida.
Gas Metana merupakan bahan bakar paling baik dan tidak mencemarkan alam tetapi sekiranya dilepaskan ke udara boleh mengakibatkan kesan rumah hijau.
Loji biojisim telah dibangunkan oleh Felda Holding Berhad pada tahun 2006, berupaya menjana tenaga elektrik sebanyak 7.2 MegaWatt daripada sumber tandan kosong kelapa sawit.
Tenaga Ombak
Tenaga ombak terhasil daripada peredaran bumi yang mengahsilkan air pasang surut. Ombak boleh juga menjadi salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh dibangunkan untuk penjanaan tenaga elektrik. Kita patut bersyukur kerana Malaysia dikelilingi laut. Negara maju seperti Portugal telah lama memajukan tenaga ombak sebagai sumber bekalan elektrik mereka. Tenaga ombak boleh digunakan untuk penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan juga untuk operasi pelabuhan-pelabuhan di dalam negara kita.
Tenaga Nuklear
Tenaga nuklear adalah dihasilkan daripada pembelahan nukleus unsur-unsur tidak stabil bahan radioaktif. Ada ura-ura mengatakan bahawa Malaysia juga berhasrat untuk memajukan tenaga nuklear bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik.
Banyak isu-isu keselamatan dan pandangan pakar perlu diambil kira sebelum memutuskan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik.
No comments:
Post a Comment