Tuesday, May 22, 2012

Sumber Tenaga Masa Hadapan

Tenaga begitu penting dalam kehidupan manusia kerana sangat diperlukan untuk tumbesaran dan pergerakan malahan tenaga meliputi segenap aspek kehidupan kita.

Adalah amat sukar dibayangkan jika tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau kehabisan bekalan petrol, diesel atau gas. Jalan raya menjadi kacau bilau kesan daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi menambahkan lagi kegelapan malam. 

Mereka yang bekerja  di bangunan tinggi juga sudah tentu kepenatankan menaiki tangga akibat lif tidak berfungsi akibat ketiadaan elektrik. Tanpa tenaga, tak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan di dunia pada masa kini.

Tenaga Suria

Tenaga suria digunakan dalam tiga bentuk iaitu sinaran secara terus, tenaga yang tersimpan dalam bentuk hidrokarbon dan tenaga tidak terus yang menghasilkan tenaga angin, tenaga hidro dan juga tenaga terma laut. 

Sinaran suria dapat digunakan secara terus dengan menukarkannya kepada tenaga elektrik menggunakan sel fotovotik  atau digunakan sebagai tenaga haba dalam dua bentuk. Pertama, dalam bentuk mineral yang tersimpan dalam perut bumi seperti arang batu, petroleum dan gas. Ketiga-tiga sumber ini merupakan tenaga yang amat terkenal penggunaannya pada masa kini. Selain itu, tenaga suria hidrokarbon yang boleh diperbaharui disimpan dalam bentuk biojisim dan juga biogas.

Antara aplikasi tenaga suria ialah menyerap tenaga suria dan haba dalam bentuk cecair sebelum menukarkannya dalam bentuk wap panas dengan jumlah yang banyak. Wap ini berfungsi menggerakkan turbin dan generator untuk menghasilkan tenaga elektrik. 

Teknologi ini banyak digunakan untuk menara-menara solar, rumah kediaman dan resort  yang mempunyai sinaran cahaya matahari yang panjang dan mencukupi.

  

Biojisim

Biojisim yang terdapat dalam tumbuhan dianggap sebagai sumber yang boleh diperbaharui kerana tumbuhan dapat ditanam secara berulangkali. Biogas pula terhasil daripada bahan organik yang ditindakbalaskan oleh mikroorganisma tanpa kehadiran oksigen yang menghasilkan gas metana dan karbon dioksida. 

Gas Metana merupakan bahan bakar paling baik dan tidak mencemarkan alam tetapi sekiranya dilepaskan ke udara boleh mengakibatkan kesan rumah hijau.


Loji biojisim telah dibangunkan oleh Felda Holding Berhad pada tahun 2006, berupaya menjana tenaga elektrik sebanyak 7.2 MegaWatt daripada sumber tandan kosong kelapa sawit.


Tenaga Ombak

Tenaga ombak terhasil daripada peredaran bumi yang mengahsilkan air pasang surut. Ombak boleh juga menjadi salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh dibangunkan untuk penjanaan tenaga elektrik. Kita patut bersyukur kerana Malaysia dikelilingi laut. Negara maju seperti Portugal telah lama memajukan tenaga ombak sebagai sumber bekalan elektrik mereka. Tenaga ombak boleh digunakan untuk penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan juga untuk operasi pelabuhan-pelabuhan di dalam negara kita.


Tenaga Nuklear

Tenaga  nuklear adalah dihasilkan daripada pembelahan nukleus unsur-unsur tidak stabil bahan radioaktif. Ada ura-ura mengatakan bahawa Malaysia juga berhasrat untuk memajukan tenaga nuklear  bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik. 

Banyak isu-isu keselamatan dan pandangan pakar perlu diambil kira sebelum memutuskan penggunaan tenaga  nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik. 

Seperti yang kita maklum, teknologi sinaran nuklear telah banyak dimajukan untuk kegunaan dalam bidang perubatan dan pertanian yang sedang giat dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia.

Wednesday, May 16, 2012

Langkah Penjimatan Elektrik Di Kolej Kediaman

Langkah penjimatan di kolej kediaman  adalah bertujuan untuk mengelakkan penggunaan tenaga berlebihan yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku . Turut membantu menjimatkan kos yang terpaksa ditanggung untuk membayar bil-bil eletrik setiap bulan.

Beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak pengurusan kolej kediaman bagi memastikan pembaziran tenaga elektrik dapat dikurangkan dan  seterusnya  bagi mengelakkan kebakaran terjadi.:

#1. Memastikan semua suis peralatan elektrik seperti lampu, kipas dan sebagainya dimatikan.

#2. Menurunkan suhu penghawa dingin kepada 24 C jika suhu melebihi 24 C. 

#3. Memastikan pakaian diseterika dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa. 

#4. Elakkan penggunaan screen saver dan mematikan suis monitor komputer apabila tidak digunakan.




Selamat Mencuba dan Beramal!

Thursday, April 26, 2012

9 Tips Untuk Jimat Tenaga Di Rumah

Amalan berjimat cermat menggunakan tenaga bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bil elektrik tetapi juga menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara lestari. Beberapa  amalan yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan tenaga di rumah adalah seperti ;

1. Melakukan audit penggunaan tenaga elektrik di rumah. Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah.

2. Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap.Aliran udara yang lancar dapat mengurangkan penggunaan tenaga.

3. Matikan lampu pada waktu siang.

4. Bagi rumah yang mempunyai kawasan tanah, tanam pokok untuk teduhan. Teduhan dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

5. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Malahan pembinaan rumah yang mengutamakan aliran secara semula jadi amat digalakkan.

6. Set kipas pada pendingin hawa kapada ON daripada AUTO. Pengaliran udara yang sekata dapat menstabilkan suhu udara dalam bilik.

7. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan wang kertas satu ringgit dan tutup pintu .Jika wang kertas itu boleh ditarik,anda perlu menukar magnet tersebut (gasket). Guna oven yang mencuci sendiri selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini dapat mengelakkan masa yang panjang untuk dipanaskan semula.

8. Cuci pakaian dalam muatan yang penuh. Pastikan aras air disetkan pada aras yang betul. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya sesuai untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

9. Jika anda keluar rumah untuk jangka masa yang lama tutuplah semua perkakasan elektrik yang boleh ditutup.

Wednesday, April 18, 2012

Tuesday, April 10, 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...