Amalan berjimat cermat menggunakan tenaga bukan sahaja dapat
mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bil elektrik tetapi juga menggalakkan
penggunaan sumber tenaga secara lestari. Beberapa amalan yang boleh kita lakukan untuk
menjimatkan tenaga di rumah adalah seperti ;
1. Melakukan audit penggunaan tenaga elektrik di rumah. Ini
dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah.
2. Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap.Aliran
udara yang lancar dapat mengurangkan penggunaan tenaga.
3. Matikan lampu pada waktu siang.
4. Bagi rumah yang mempunyai kawasan tanah, tanam pokok untuk
teduhan. Teduhan dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
5. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Malahan pembinaan
rumah yang mengutamakan aliran secara semula jadi amat digalakkan.
6. Set kipas pada pendingin hawa kapada ON daripada AUTO.
Pengaliran udara yang sekata dapat menstabilkan suhu udara dalam bilik.
7. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan wang
kertas satu ringgit dan tutup pintu .Jika wang kertas itu boleh ditarik,anda
perlu menukar magnet tersebut (gasket). Guna oven yang mencuci sendiri selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini dapat mengelakkan masa yang panjang
untuk dipanaskan semula.
8. Cuci pakaian dalam muatan yang penuh. Pastikan aras air
disetkan pada aras yang betul. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas
hanya sesuai untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
9. Jika anda keluar rumah untuk jangka masa yang lama tutuplah
semua perkakasan elektrik yang boleh ditutup.